Wahai Adam Yang Akan Bertahta Di Hatiku Sebagai Calon Imamku
Wahai Adam Yang Akan Bertahta
Di Hatiku Sebagai Calon Imamku
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ
اارَّحِيم
. Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza
Buat Akhina Wa Ukhtina yang ingin TAG or SHARE
PICT'a,di persilahkan "BEBAS"
Silahkan Bantu sahabat'' lain ngETaG ya
ANA UHIBUKA LADZI AHBABTANI LAHUU
Alhamdulillaah….. Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian
alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa
tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi
wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali
Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil
Lak.
`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi
sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika
gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami
orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan
Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid
bin Walid radliallahu'anhumღAmiin
ya Rabbal'alamin.
Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai
Calon Imamku. Jika engkau mengharapkan harta menggunung
tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri,
aku pasti akan mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam,
aku pasti akan mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan teman yang setia di
sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai
Calon Imamku. Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku
bertanya sesuatu padamu..
Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri
jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya.. Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau
menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah
di masjid.. Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya
engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan
aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara
aku & dirimu.. Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin
kau membaca mathurat bersama ku.. Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang
dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di
rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan
sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap insan &
khamis kau menemaniku berpuasa sunat.. Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku
menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita.. Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu
& membawamu lebih mendekatiNya.. Adakah engkau sanggup jika akan ada malam
tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu.. Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering
bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita
dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu
menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada
anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan
engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka
menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku
pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan
denganku yang bertudung labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di
hadapan hambaNya yang lain..
Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak
sesedap yang kau harapkan.. Adakah engkau sanggup jika layananku kekok
padamu.. Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu
datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu.. Adakah engkau sanggup jika segala ini
benar-benar berlaku???
Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai
Calon Imamku. Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan
segalanya…tapi lain dari persepsiku…
Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan
segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga
mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke
syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah
yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk
membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika
itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa
yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku
tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu
telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik
untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan
dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku
bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumah tangga kita
pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja
ku di jalan-Nya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku
terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua
adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya
Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh
di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak
ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau
sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya
engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita
di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa
cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~
Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan
bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar